Tuesday, 28 March 2017

ISTERIKU RATU AIS

“Assalamualaikum Khalil Irfan.”

“Waalaikumussalam. Ye saya, boleh saya tahu siapa ni?”

“Qisya Naazneen. Kau dah kahwin ke belum?”

“Err..belum lagi.”

“Okey lagi tiga bulan dari sekarang kita kahwin. Kau buat segala persiapan dan sila contact aku kalau ada apa-apa faham!”

“Hah! Awak serius ke ni?”

“Kau nak aku siarkan kat TV ke baru kau rasa aku serius? Kita kahwin tiga bulan dari sekarang. Sekian, assalamualaikum.” Talian diputuskan tanpa sempat aku menjawab. Biar betul!!!!!!

Nama aku Khalil Irfan, anak yatim piatu yang kini berjaya menjadi seorang jurutera mekanikal disebuah syarikat pembuatan kenderaan di ibu kota. Ibubapa aku meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya sewaktu pulang berhari raya ketika aku berusia 10 tahun. Aku bernasib baik kerana aku pulang awal ke kampung mengikut atuk aku yang datang mengambil aku seminggu sebelum kejadian. Apabila umurku 12 tahun, atuk aku pula meninggal dunia dan aku dihantar oleh jiran atuk ke rumah anak-anak yatim kerana tiada penjaga yang lain.

Qisya Naazneen, budak perempuan yang selalu bagi aku pening kepala sejak dari azali lagi. Aku kenal dia di rumah anak-anak yatim. Qisya berkongsi nasib dengan aku kerana ibubapanya meninggal dunia akibat kebakaran dan dia terselamat kerana ibunya sempat menyerahkannya pada bomba yang datang menyelamat sebelum dapur gas rumahnya meletup lalu meragut nyawa ibu dan ayahnya. Qisya seorang yang sangat periang tapi kuat mengarah. Haa tekalah siapa yang selalu kena arah?

Panggilan telefon tadi betul-betul kasi aku pening. Agak-agaklah aku yang macho ni kena paksa kahwin oleh seorang perempuan! Qisya Naazneen pula tu. Oh ye, Qisya kini bekerja sebagai model. Sebut sahaja Qisya Naazneen pasti satu dunia tahu. Model Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa hanya selepas setahun menceburkan diri dalam bidang peragaan. Satu kejayaan yang membanggakan bagi mereka yang berada dalam industri fesyen. Mana aku tahu? Baca sahaja surat khabar, asal dia buat pertunjukkan mesti jadi headline.

Yang buat aku pelik, apahal tiba-tiba Qisya ajak aku kahwin? Padahal ramai gila jejaka-jejaka kat luar sana yang beratur nak jadikan dia teman istimewa. Siap ada yang buat pengakuan berani mati lagi. Ada ke patut sanggup tinggalkan isteri sebab nakkan si Qisya? Ada juga ustaz-ustaz yang tawar diri nak kahwin dengan Qisya. Konon nak bimbing ke jalan yang lurus. Alahai kalau sungguh nak bimbing, ramai lagi perempuan-perempuan kat Malaysia ni yang perlukan bimbingan.

Sekejap, adakah Qisya mengandung dan dia nak aku jadi pak sanggup? Oh tidak! No way Ismeralda! Tapi kalau Qisya perlukan pertolongan.....arghh sakitnya kepala aku!!!!!



“Khalil, apasal kau blur semacam hari ni?” Jun Hong, kawan sepejabat aku datang menempek kat meja aku. Apek ini kalau bos tak ada memang rajin melawat pejabat aku. Kerusi ditarik dan dia terus duduk tanpa pelawaan aku. Bahasa Melayu apek ini memang tip-top!

“Weh kalau kawan lama kau call dan terus ajak kau kahwin kau buat apa?” Soalan aku membuatkan apek itu berkerut-kerut muka macam nak buang air besar pun ada.

“Hmm aku ada satu soalan.”

“La..aku tanya kau dulu! Jawab jela!”

“Jawapan aku ni bergantung kepada jawapan yang bakal kau beri maka sila jawab soalan aku dulu.”

“Okey apa dia?” aku mula beralah bila tengok muka apek itu yang macam nak memulakan soal siasat.

“Dia cantik tak?” Ah sudah! Apek ini sudah mula keluar perangai sengal dia. Terus aku hempuk fail ke kepala apek sengal itu. Cari pasal lagi dengan aku yang moody kalah perempuan period! Macam tahu-tahu aje..

“Sakitlah! Binawe punya kawan! Jawab jela!” Si apek membetulkan rambutnya yang sikit berserabai dek kena hempuk tadi.

“Kau kenal Qisya Naazneen?” Bulat terus mata si apek yang selalunya nampak segaris dari jauh. Dipandangnya wajah aku meminta kepastian dan aku terus mengangguk.

“Dia ajak kau kahwin ke Khalil! Weh kalau kau tak nak pass je kat aku! Aku sanggup pergi sunat sekarang!” Lagi sekali aku hempuk fail ke kepala apek itu. Tak senonoh punya apek!



Dalam tak rela itu pun, segala persiapan perkahwinan aku buat. Nak harapkan Qisya? Dia memanjang ke luar negara dan hanya pulang sehari dua itupun untuk pergi kursus kahwin dan selesaikan mana dokumen yang diperlukan. Aku inilah yang macam terlebih. Yelah dua-dua pun sebatang kara maka tak ada sesiapa yang menolong kecuali kawan baik aku si apek Jun Hong yang beberapa kali nak minta tukar tempat dengan aku. Tolong ada makna apek ni!



Aku dah duduk didepan tok kadi dengan gaya macho macam biasa. Sempat juga aku menjeling ke arah Qisya yang cantik jelita macam selalu. Wartawan dari segala pelosok dunia semua hadir. Tinggal Al-Jazeera aje yang tak ada.

“Baiklah pengantin lelaki dah sedia?” soal tok kadi dengan senyuman. Aku hanya mengangguk. Terketar-ketar tanganku hulurkan pada tok kadi.

“Khalil Irfan bin Kamarul Arifin! Aku nikahkan engkau dan kahwinkan engkau dengan Qisya Naazneen binti Hakim Amsyar dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai.”

Belum sempat aku nak lafazkan kabulku Qisya sudah berdiri dari duduknya.

“Aku tak jadi nak kahwin dengan kau!” Qisya terus meninggalkan aku yang masih terkebil-kebil memegang tangan tok kadi. Berderu wartawan dan jurugambar mengerumuni aku sambil mengambil gambar.

“Naehiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”  

Pap! Kepala aku diketuk dengan remote control.

“Woi! Kau ni boleh pula tidur masa layan cerita blue dengan aku!” Jun Hong bangun lantas menutup televisyen yang sudah menayangkan kredit kepada krew dan pelakon-pelakon.

“Kepala otak kau cerita blue! Aku suci lagi bukan macam kau!” jerkahku tengah malam-malam buta. Apek ni bukan kira siang malam nak bertandang rumah aku. Rumah aku dah macam hotel untuk dia. Konon malas nak balik rumahnya di Damansara sebab ramai sangat gadis-gadis dan makcik-makcik yang berbaris dihadapan rumahnya nak minta kahwin.

“Betul apa. Inikan cerita Smurf. Semua pun biru..hahaha.” Galak si apek ketawa sambil mengemas-gemas bekas makanan dan minuman. Apek ni aku memang respek bab-bab kebersihan dia memang jaga sungguhlah.

“Tak sangka lagi dua hari kau dah nak kahwin kan? Tak bolehlah aku nak melepak rumah kau lagi.” Entah hantu sedih mana yang merasuk apek ni sampai terkeluar ayat sedih.

Pap! Aku tampal duit sepuluh ringgit kat dahi apek itu. Kalau cerita hantu cina selalunya mereka menampal azimat tapi aku mana ada benda-benda syirik macam itu. Duit kertas sepuluh ringgit itu sahajalah sebagai penganti.

“Woi!!! Kalau ye pun tampal la duit kertas seratus!” Aku yang malas melayan terus masuk ke dalam bilik tidur. Oh duit sepuluh ringgit itu aku ambil balik hahaha...




Alhamdulillah. Tiba juga hari pernikahan aku dengan model antarabangsa itu. Dari malam tadi aku asyik praktis dengan si apek cara kabul. Si apek pula seronok berlakon jadi tok kadi. Aku doakan apek itu masuk Islam biar tercapai hajat dia nak bersunat sangat. Tadi aku berjaya menikahi Qisya dengan sekali lafaz sahaja. Aku sempat tayangkan wajah bangga ke arah Qisya tapi dia tayang muka tak tahu. Pengantinku, Qisya Naazneen memang macam bidadari. Tadi si apek tayang muka cemburu apabila melihat wajah Qisya. Ada aku kisah? Dia dah jadi hak aku seorang okey! Apek itu juga yang aku jadikan pengapit. Hahaha..padan muka dia jadi khadam aku hari ini. Ramai kawan-kawan Qisya terkejut tengok pengapit pengantin lelaki seorang lelaki berbangsa Cina. Alah tak salah disisi undang-undang pun..dah dia bestfriend aku!

Malam itu, pergh..tangan aku sejuk semacam. Kalah pengantin perempuan aku rasa sebab Qisya selamba aje dari tadi. Apa-apa pun aku masih tayang muka selamba + macho. Haktuih!

“Qisya, saya nak tanya sikit.” Aku memulakan sesi perbualan. Agak-agaklah, aku ada banyak soalan nak tanya si Qisya.

“Ye abang.” Abang?! Luruh jantung aku apabila Qisya mendekatiku dengan pakaian tidurnya. Wahlawei seksi habis. Okey fokus Khalil..fokus!!!

“Kenapa Qisya nak kahwin dengan sa..abang?” Wajah Qisya kurenung dengan penuh tanda tanya. Tadi betul jangkaanku apabila dewan hotel yang aku sewa penuh jugalah dengan wartawan-wartawan dalam dan luar negara. Nasib baik bajet kahwin aku boleh kata cukup kalau tak mesti malu.

“Nampaknya abang dah lupa.” Qisya membalas renungan aku dengan wajah yang muram. Drama apa pula ini? Apa benda yang aku lupa?

“Err..maafkan abang. Boleh Qisya beritahu?”

“Abang dah lupa ke janji abang sebelum Qisya diserahkan kepada keluarga angkat Qisya?” Berkerut-kerut wajah aku. Memerah otak untuk mengingat kembali situasi ketika itu. Cerita zaman Jepun da..nampak sangat hiperbola!

“Haish pelupa sungguh! Abang janji yang abang akan jaga Qisya dan malam sebelum keluarga Puan Maznah datang abang nak lari dengan Qisya tapi kena tangkap dengan ustazah Junaidah. Kita berdua kena sebat malam tu. Esoknya masa hantar Qisya, abang kasi surat kat Qisya.” Qisya bangun lalu membuka tas tangannya. Sampul surat berwarna putih dengan belang biru merah dikeluarkan dan diberikan kepadaku.

“Dalam surat tu abang cakap yang abang akan cari Qisya selepas tujuh tahun tapi tunggu punya tunggu tak datang-datang juga. Geram punya pasal Qisya yang cari abang dulu.” Qisya dah mula memuncung. Alahai inilah pertama kali aku tengok perempuan nampak cun bila bermuncung itik. Selalunya rasa nak sepak aje.

“Maafkan abang, abang lupalah sayangku Qisya. Nasib baiklah Qisya ingat kalau tak rezeki siapalah abang yang kacak lagi bergaya ni,” gurauku dengan harapan janganlah disebabkan hal ini Qisya nak merajuk dengan aku.

“Ah tak ada! Kalau abang berani kahwin dengan perempuan lain tahulah nasib abang dengan perempuan tu! Dua-dua sekali Qisya sedekah kat puak kanibal!” Ambik kau! Aku hanya menayang sengih. Fuh cemburu juga bini model aku ni. Okey sebut pasal model...

“Hmm Qisya nak terus jadi model ke?” soalku tanpa berselindung. Gigit jari aku jika Qisya masih nak teruskan kerjaya dia. Sungguh tak rela aku jika tubuh isteriku diperaga macam ayam kat pasar pagi.

“Tak mahulah! Qisya jadi model suka-suka sahaja. Dah muak dah pun. Abang banyak duit kan? Jadi silalah tanggung Qisya mulai sekarang okey?” Dikelip-kelipkan matanya di hadapan aku. Tak payah tayang muka comellah Qisya oii aku memang rela nak tanggung kau pun!

“Okey sayang. Err..agak-agak bila kita nak tutup lampu ni?” Kujungkitkan keningku sebelah. Qisya sudah senyum malu-malu. Bini model dah bagi lampu hijau apa lagi. Eh sekejap ingat doa dulu Khalil Irfan!

p/s: tadi aku tersilap Al-Qaeda dengan Al-Jazeera..hahaha tahniah kepada sesiapa yang perasan :)

kahwin paksa

Keesokkan paginya, aku membuka mataku lalu aku terlihat sekujur tubuh terbaring disisiku lantas fikiranku melayang kepada apa yang berlaku semalam….semuanya berlalu dengan begitu pantas sekali….kesucianku telahpun diragut secara paksa oleh lelaki yang bernama Qushairi. Hilang sudah harga diri yang selama ini aku mempertahankan. Tiba-tiba air mataku mengalir di pipiku,aku segera mengesat air mataku dan mengagahkan badanku untuk bangkit dari katil, ku kutip pakaianku yang bersepah di atas lantai lalu aku memakai baju tidurku dan menuju ke bilik air.
Setelah membersihkan diri dan sembahyang subuh aku menghampiri Qushairi. aku meneliti wajahnya. “handsome jugak mamat ni aku tengok sekali pandang macam Amir Khan pun ada, badan pun kelihatan sasa,agaknya mamat ni pergi gym hari2 tak,”hatiku bermonolog sendiri….aku mengerling ke arah jam di diding “alamak subuh dah nak habis ni, nak kejutkan ke tak ehk?” hatiku bermonolog lagi. “ah biarkan jelah dier tidur malas aku nak ganggu,” lalu mengorak langkah menuju ke dapur untuk membuat sarapan pagi.
Kedengaran bunyi ayam berkokok membingitkan sepasang telinga milik Qushairi. “Arghh…apa bising-bising ni , ayam mana lah pulak yang berkokok pagi2 buta nih,” bentak Qushairi. Setelah melihat keadaan sekelilingnya baru dia sedari bahawa dia berada di rumah isteri yang baru dinikahinya semalam tanpa kerelaannya…Api kemarahannya semakin membuak-buak apabila mengingati peristiwa semalam. Lantas dia bangkit dari katilnya dan memakai seluar yang dilipat kemas di tepi katil…”Ini semua perempuan sial nih punya pasal, jaga kau Qistina aku akan pastikan kau tak akan bahagia hidup dengan aku dan aku berjanji akan membuat hati kau terseksa seumur hidup kau…….”kata Qushairi dengan penuh dendam di hati…
Selepas membersihkan diri Qushairi mendekati Qistina.”Mana ayah kau?” tanya Qushairi dengan nada yang kasar.”Dia belum balik lagi dari surau,” jawab Qistina. Apabila terhidu aroma nasi goreng dan nescafe yang terhidang di atas meja dengan segera Qushairi mengambil tempat duduk.”Qistina ambilkan aku nasi goreng dan nescafe tu sekali,” selamba sahaja Qushairi berkata-kata….tanpa membantah Qistina segera mengambil pinggan dan menyedok nasi goreng yang baru sahaja digorengnya tadi ke pinggan Qushairi lalu diletakkan cawan yang berisi air nescafe di sebelah pinggan tersebut. Qushairi memakan dengan begitu selera lagi tetapi apabila dia melihat Qistina ingin meningalkannya dengan pantas dia menangkap pergelangan tangan Qistina.”Kau nak pergi mana? temankan aku makan,”. Lalu Qistina mengambil pinggan dan menyedok nasi goreng ke pinggannya…”Eh kau nak buat ape tu??” tanya Qushairi.”Nak makanlah takkan nak menjahit pulak,” jawab Qistina selamba.”oh, kau dah pandai menjawab ya siapa kata kau boleh makan, kau tunggu dulu aku habis makan baru kau boleh makan faham tak mak cik…”Hampir tersembur gelak tawa Qushairi apabila melihat wajah isterinya yang kelihatan lapar sambil menelan air liurnya beberapa kali setelah melihat aku menambah nasi goreng sebanyak dua kali…”hahaha baru kau tahu siapa aku…nak loyar buruk pulak dengan aku…hah sekarang terima padahnya…” kata Qushairi di dalam hati…
Setelah berasa kenyang Qushairi menyuruh Qistina membasuh pinggannya. Berberapa minit kemudian kedengaran suara orang memberi salam…Qistina pasti itu adalah suara ayahnya lantas dia menghampiri ayahnya dan menyalami tangan ayahnya dan menjemput ayahnya bersarapan pagi. Selepas semuanya habis makan Qushairi memulakan perbualan dengan bapa mertuanya.”Ayah kami ingin pulang tengah hari ini jugak, ayah saya harap ayah tidak keberatan,” katak Qushairi.”Oh tidak, ayah tidak keberatan pergilah kamu bersama isterimu, ayah harap kau dapat mnjaga Qistina dengan baik kerana dia adalah satu-satunya anak ayah,walaupun ayah tahu perkahwinan kamu berdua adalah atas dasar keterpaksaan dan bukan atas dasar cinta tetapi ayah pasti cinta boleh dipupuk….ayah berharap kamu berdua dapat memaafkan ayah dengan keputusan yang telah ayah buat dan ayah harap kamu dapat menerima hakikat ini dengan hati yang rela dan satu lagi sebelum kamu berdua membuat sesutu keputusan ayah ingin kamu berdua brfikir dahulu dan jangan terlalu ikutkan perasaan,”kata ayah dengan panjang lebar.”Baiklah ayah,” jawab Qushairi dan Qistina serentak.
Setelah selesai mengemas pakaian dan beberapa barang kaperluannya, Qistina menyapu bedak ke mukanya dan mencalit gincu ke bibirnya. Walaupun Qistina hanya memekai sepasang baju kurung sahaja tetapi kejelitaannya tetap teserlah kerana dia mempunyai rupa paras yang cantik yang diwarisi oleh arwah ibunya. Setibanya Qistina di pintu rumahnya dia berasa pelik apabila terlihat sebuah kereta elit yang berjenama BMW tersadai di halaman rumahnya…”eh kereta siapa pulak ni parking kat depan rmh aku,”Qistina bermonolog sendiri…Tiba-tiba terlihat kelibat seseorang yang keluar dari pintu kereta tersebut alangkah terperanjatnya Qistina apabila melihat Qushairi yang keluar dari pintu kereta itu..”Fuhyoh…kaya jugak mamat nih entah2 dier ni anak datok atau tan sri tak….alah tapi setakat kaya jek buat ape kalau budi bahasa kosong…”Qistina bermonolog lagi di dalam hatinya. Kelihatan Qushairi menghampirinya mungkin dia sedar bahawa aku telah memerhatikannya begitu lama……”apa yang kau tenung aku lama-lama,aku tahulah aku nih handsome,kacak tapi tak payahlah nak tengok aku macam nak telen aku je,” kata Qushairi dengan selamba. Qistina terasa ingin muntah apabila mendengar kata-kata Qushairi memuji dirinya sendiri. “Ah satu lagi masukkan sendiri beg kau kat dalam kereta tak kuasa aku nak angkatkan beg kau,”kata Qushairi lagi…..lalu Qistina segera berpaling dan mengangkat begnya dan memasukkan ke dalam kereta.Beberapa minit kemudian, Qistina melihat ayahnya di muka pintu bersalaman dengan Qushairi. Aku menghampiri mereka lalu aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ayah…”Qistina ayah harap kamu jaga diri kamu baik-baik, jangan menyusahkan suami kamu dan ingat sekarang kamu sudah menjadi isteri orang jaga tingkah laku kamu dan jaga nama baik suami kamu tu,” nasihat ayah kepadaku. “Baik ayah,” jawabku pendek. Hatiku berasa sedih meninggalkan ayah seorang diri.Setelah bersalaman dengan ayah kami pun beredar dari perkampunganku….sejak dari tadi kami hanya mendiamkan diri sahaja sampaikan aku terlena dibuai mimpi…..
Tiba-tiba aku terdengar alunan lagu yang berkumandang di radio lalu aku membuka mataku perlalahan. “kita kat maner sekarang ni hah?” soalku kepada Qushairi.”Dekat Seremban, kau ni kan sedap2 aje tido hah, siapa yang suruh kau tido ni, lame pulak tu aku adalah penat2 bawak kereta nih kau lak buat tahi mata jek,” kata Qushairi.”Maaf aku tak sengaja, aku tertidur tadi,” kata Qistina.”Ah tu semua alasan kau sahaja kan,” bentak Qushairi kerana tidak puas dengan alasan yang diberikan oleh Qistina.”Boleh aku tanya sesuatu?”….”Apa dia,”……”Kau tinggal dengan siapa, parents kau ke atau sendiri?”tanya Qistina. “Parents aku asal kau tanya,”……”takde pape saje je nak tanya…”
Selama lebih kurang 2 jam barulah kami tiba dikawasan perumahan Qushairi.Qushairi memakir keretanya masuk ke dalam sebuah rumah banglo…aku dah agak dah mamat nih mesti kaya punye tengok jer rumah dier kalahkan gudang kilang dekat dengan rumah aku ….ish2 patutlah sombong sangat…nasib akulah dapat suami yang kaya, sombong, bongkak dan bangga diri dan perasan bagus etc….Qushairi memandang tepat ke wajahku setelah dia memberhentikan keretanya.”Ingat ape yang aku pesan semalam pada kau….dan jagan cakap apa2 kalau aku tak suruh kau cakap faham,”….”Faham Qushairi,….opps salah faham TUAN QUSHAIRI,” jawab Qistina.
Setibanya kami di muka pintu kelihatan seorang wanita berumur dalam lingkungan 50an menghampiri Qushairi.”Ha Hairi baru balik,”….”ya ibu,”jawab Qushairi pendek.”Nih anak dara mana pulak yang kau bawak balik nih??”tanya ibunya.”oh ya lupa nak cakap dengan ibu nih pembantu rumah kita yang baru, hairi kutip dier masa on the way nak balik tadi, kesian pulak Hairi tengok dier nih bile dier cakap dier belum makan dari pagi tadi pastu dier kata dier nak cari keje tapi x dapat so Hairi ingat why not dier jadi maid kitakan lagipun tu harikan ibu kata nak cari maid baru nak gantikan mak Piah,”jawab Qushairi panjang lebar lalu dia beredar ke biliknya….tersentuh hati Qistina mendengar perkataan kutip dari Qushairi…hina sangat ke aku nih sampai dier nak kene cakap yang dier kutip aku….
“Siapa nama anak?”….”Qistina”jawabku.
“Kak Mila oh kak Mila,” panggil ibu Qushairi.
“Ya puan, ada apa puan?”tanya seorang wanita yang berusia lebih tua sedikit dari ibu Qushairi.
“Ni kenalkan Qistina pembantu baru di rumah ini,”….Qistina ini mak Mila pembantu rumah saya yang paling lama tinggal bersama kami sekeluarga,” terang ibu Qushairi.
“kak Mila tolong tunjukkan bilik Qistina ya,”…..”baik puan,” jawab mak Mila.
Aku mengatur langkah mengikuti mak Mila….Setibanya aku di bilkku aku mengucapkan terima kasih kepada mak Mila lalu mak Mila pun meniggalkan aku bersendirian di bilikku…
boleh tahan besar jugak bilik aku nih lebih besar dari bilik tidurku di kampung….tiba-tiba aku teringatkan ayah sudah makankah dia,apa agaknya ayahku sedang buat sekarang….hatiku bermonolog sendiri….
Aku segera menukar pakaianku dan menuju ke tandas yang terletak berdekatan dengan bilikku.
Setelah selesai bersembahyang aku keluar mencari mak Mila….
“mak Mila,” panggilku
“Ya Qistina mak Mila ada kat belakang rumah nih,” jawab mak Mila
kelihatan mak Mila sedang menyidai pakaian yang mungkin baru sahaja dibasuhnya tadi.
“Biar saya tolong mak Mila ya,”kataku.
“Baiklah terima kasih Qistina,”…..”Sama2,”jawabku pendek
“MAK Mila bpoleh saya tanya sesuatu?”……”Apa dia Qistina tanyalah kalau mak Mila boleh jawab mak Mila makMila jawab….
“Ada berapa banyak orang yang tinggal dekat rumah nih??”tanya Qistina.
“Oh,ingatkan Qistina nak tanya apa tadi, rumah ni cuma didiami oleh Tuan Hameed isterinya,Puan Kamarliah dan anak tunggal mereka iaitu Qushairi,” jawab mak Mila.
“Maksud mak Mila Qushairi sahaja anak mereka, tk ada adik beradik lain??”
“Ia kenapa Qistina tanya?”….”takde apa2 pelik je rumah besar macam ni cuma didiami oleh tiga orng sahaja,”jawab Qistina.
Selesai menyidai kain aku dan mak Mila masuk ke dalam rumah.
Mak Mila menyuruh aku masuk tidur dahulu memandangkan semua kerja telah selesai.
Aku hanya akur dengan arahannya lalu aku masuk dan menutup pintu bilikku….
Jam menunjukkan tepat pada pukul 2 pagi, Qushairi memusingkan badannya ke kanan dan ke kiri dan cuba melelapkan matanya tetapi gagal juga…fikirannya asyik mengingatkan asmara yang dilaluinya semalam bersama Qistina……nafsu batinnya kini semakin tidak dapat dikawal lalu di mencapai tombol pintu biliknya dan keluar menuju ke bilik Qistina….perlahan-lahan dia berjalan mendekati pintu bilik Qistina lalu dia cuba membuka pintu bilik Qistina dengan perlahan-lahan bagai seorang penyamun lagaknya…
Setelah berjaya memasukki bilik Qistina pintu bilik itu dikuncinya dari dalam…
Qushairi berasa lega kerana tiada orang yang bangun dan sedari dia memasukki bilik Qistina…Qushairi melihat tubuh isterinya yang sedang tertidur nyenyak di atas katil….seksi jugak bini aku nih walaupun cuma pakai baju tido butterfly jek…hati Qushairi berkata-kata sendiri lalu dia menghampri Qistina dan membelai rambutnya dan mengusap pipi gebu Qistina….Qistina dapat merasakan ada seseorng menyentuh pipinya lalu dia membuka matanya perlahan-lahan alangkah terperanjatnya Qistina apabila melihat wajah Qushairi yang hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya….dengan pantas Qistina bangun dan membetulkan bajunya yang terselak sedikit dilihatnyua Qushairi hanya mengenakan boxernya sahaja….”Tuan Qushairi nak apa datang bilik saya malam-malam ni,”tanya Qistina.
“Aku nak kau lah,”….Qistina terkedu mendengar jawapan yang terkeluar dari mulut Qushairi.
Lalu Qushairi semakin menghampirinya dan menolak tubuh Qistina dengan kasar sehingga dia terbaring semula ke atas katilnya….Qistina cuba menolak Qushairi dengan sekuat tenaganya tetapi dia gagal kerana tubuh sasa milik suaminya itu sememangnya tidak dapat ditandingginya lalu Qistina cuba mengkakukan dirinya tetapi gagal jua akhirnya dia lemas dalam ciuman Qushairi malahan dia bertindak untuk membalas setiap ciuman Qushairi………
Setelah lebih kurang setengah jam kami berasmara akhirnya Qushari melepaskan aku lalu dia mengambil boxernya dan keluar dari bilik Qistina perlahan-lahan…….
Aku ditinggalkan sendirian bak kata pepetah habis madu sepah dibuang…..tiba2 air mataku mengalir tanpa dipinta aku mengesat air mataku lalu ku ambil pakaianku yang berada di atas lantai dan memakai baju tidurku lalu aku baring semula ke katilku……aku cuba melelapkan mataku dan melupakan apa yang baru sahaja berlaku……
Sachi:okie this is my 2nd time tulis cerpen so pls leave a comment for all the mistake dat i have done.Thanks for ur comment on Kawin Paksa 1 i really appreciate it and 4 those who comment saying dat my story is porno to you <>……..btw remember readers this only juz a story xde kene mengena dengan yang hidup ataupun yang mati so dun take this story 2 hard okie….Luv you guys thank you again for ur support and reading KAWIN PAKSA……

ISTERIKU RATU AIS

“Assalamualaikum Khalil Irfan.” “Waalaikumussalam. Ye saya, boleh saya tahu siapa ni?” “Qisya Naazneen. Kau dah kahwin ke belum?” ...